Kerjaya Izzmad Harun

Izzmad memulakan kerjaya muziknya selepas menyertai pelbagai pertandingan termasuk Karaoke Jelajah Pulau Pinang dan ujibakat di bawah penilaian pimpinan Orkestra RTM, Ismail Ahmad Nawab. Bermula dari situ, beliau ditawarkan merakamkan single bertajuk "Cinta Di Hujung Dedaun" yang bergenre pop balada hasil karya Amar Mahsuri, Mie Kuarters dan Man Ikhman. Beliau kemudian melancarkan album EP senama yang memuatkan sebanyak 8 lagu, dan menerima sentuhan daripada Rosli Selasih dan Nira Aria.[4] Beliau melancarkan single ke-11, "Bisa Pertama" pada Disember 2018.[3] Izzmad juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan selepas bakatnya dicungkil oleh Shuhaimi Lua Abdullah dan pernah membintangi beberapa drama dan telefilem seperti Jangan Ambil Botol Itu dan Isteri Untuk Abang Long.[5][6]